NADI MAHIR

NADI MAHIR

NADI NADI HQ SSO MAHIR

NADI Mahir merupakan program di bawah tunjang Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini menawarkan latihan kemahiran praktikal seperti menjahit, memasak, membaiki gajet, fotografi/video, pertanian pintar dan literasi ICT bagi membolehkan peserta, khususnya suri rumah dan ibu tunggal, menjana pendapatan dan membina peluang keusahawanan. Setakat ini, NADI Mahir telah melatih kira-kira 27,000 peserta sejak tahun lepas merentasi pelbagai bidang kemahiran. Selari dengan perkembangan teknologi, NADI Mahir turut memperluas skop latihan kepada kemahiran digital menerusi program seperti "1 NADI, 1 Prompt Engineer". Pelancaran NADI Academy juga dijangka pada Oktober bagi menyatukan semua kursus dalam satu ekosistem pembelajaran yang lebih tersusun. Salah satu inisiatif utama di bawah NADI Mahir Jahit ialah Baju Sekolah NADI, yang membolehkan ibu bapa membeli pakaian sekolah pada harga lebih berpatutan melalui pilihan ansuran tanpa faedah, tanpa dianggap sebagai pinjaman mahupun skim "Pay Later". Pakaian ini dijahit oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah dilatih dan kini beroperasi sebagai usahawan. Sejak dilancarkan, lebih 2,000 peserta telah menyertai program ini dan kini memasuki kumpulan pengambilan keempat, dengan 120 alumni terlibat secara langsung dalam pengeluaran pakaian seragam, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga sambil memperkasa usahawan tempatan.

2F16, IOI Business Park, Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor

Produk

10 produk daripada NADI MAHIR

Usahawan lain