Norizan Ibrahim

Norizan Ibrahim

Norizan Ibrahim NADI Kampung Cherating, Pahang

Dikenali ramai sebagai Cikgu Izan, Norizan Ibrahim ialah antara nama yang sinonim dengan seni anyaman mengkuang di Cherating, Pahang. Berpusat di Pusat Anyaman & Kraf Mengkuang, beliau telah lama menumpahkan bakti dalam dunia kraf mengkuang, menghasilkan pelbagai karya yang menonjolkan keindahan dan kehalusan seni warisan Melayu dalam produk rekaan moden. Cikgu Izan juga aktif berkongsi ilmu melalui kelas dan bengkel yang diadakan untuk pelajar, komuniti tempatan dan pelancong antarabangsa.

Produk

3 produk daripada Norizan Ibrahim

Usahawan lain